2010/12/16
KEBELAKANGAN ini fenomena laman sesawang sosial seperti Facebook semakin melanda masyarakat di tanah air tanpa mengira peringkat usia. Bermula murid sekolah rendah sehingga ke peringkat pesara boleh dikatakan hampir kebanyakannya mempunyai akaun Facebook masing-masing.Jika diteliti tujuan penggunaan laman sosial ini adalah untuk menghubungkan individu tertentu dengan individu yang mengenalinya atau dalam erti kata lain menjadi perantara dalam perhubungan seseorang. Oleh itu, tidak salah sebenarnya jika seseorang bersosial menggunakan Facebook.
Singkatan perkataan, gabung jalin bahasa Melayu dan Inggeris sudah menjadi kebiasaan sejak penggunaan telefon bimbit dan kini semakin diburukkan dengan adanya laman sesawang yang pelbagai. Penggunaan bahasa yang salah ini mempengaruhi golongan remaja yang majoritinya mempunyai akaun Facebook di negara ini.
ENGKU MUZAHADIN,
Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment